AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari
Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan
Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan
Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di
kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka
orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai
dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah
membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan
menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi
kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal
amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak
kamu telah mempelajari Al-Qur'an."